Sunday, November 20, 2011

happy birthday to me!

salam..

alhamdulillah.. dipanjangkan usia sy.. rasa sangat bertuah sebab pada usia 29 tahun:

  1. sy dikurniakan 3 org anak yang comel belaka (haikal, twins melissa n marisa.. mama luv u all)
  2. sy dikurniakan suami yg paling sporting dalam dunia (bodek tak igt)
  3. sy masih cun! hahah (gile perasan)
  4. sy masih bekerja (wpun ada hajat nak jadi full time housewife in the future ;))
  5. sy dapat wishes daripada mak kesayangan sy (luv u mak!)
  6. .. n the list goes on :D
papa decided tuk celebrate awal since after cuti raya haji kitaorg amik cuti extra.. berdua-duaan dating di pavi.. pagi2 dah semangat kuar coz klu haikal bangun.. akan rasa bersalah sbb tak bawak dia kuar sekali hehe

we had bfast kat foodcourt pavi.. ala2 kopitiam gitu.. pastu watched tower heist.. sgt best.. lawak giler.. some more me is a great fan of ben stiller!! then had our lunch at tony roma's.. ape lagi, we ate fried mushrooms n tony roma's ribs yg super sedap itu...

papa melayan segala kerenah wifey dia ni hari tu.. sgt suka.. dpt pressie from cotton on n charles & keith.. tq papa.. lama betul tak dating satu hari camni.. luv u forever!

on my birthday (13 Nov 2011).. again we celebrated.. kali ni curi2 kuar sekejap n had dinner at the gardens.. tak sangka klu malam they will entertain cus wif pianist whom can sing very well :) tumbs up

kwn opis pon buat suprise celebrating tuk birthday boy n girls few days after.. tq..tq..tq i'm gratedul n feel blessed!

Sunday, October 16, 2011

the big bad wolf

salam...

hari jumaat lepas.. bos ajak pegi bbw ni.. memang sblom ni pon teringin tp takde kawan nak pegi walhal maeps tu dekat gile ngan umah.. so lepas keje kitaorg pon beramai2 la ke sana.. as a preparation, masing2 bawak green bag.. sbb kwn2 yg penah pegi n dtg berlenggang je komplen susah nk shopping sbb organizer sediakan kotak je.. so time org ramai sure susah nak berasak2 sambil angkut kotak kan.. :) time kitaorg sampai tu orang ramai tapi still tak bersesak dalam hall A tu.. maybe sbb weekday kot.. masuk2 je nampak buku nigella.. tgk price rm 25.. makaih murah benor.. ok, masuk dlm beg.. jln lagi.. nmpk plak confessions of a shopaholic.. memang dah lama nak beli buku ni.. tp setiap kali dh pegang kat mph, letak balik sebab takde keperluan.. 1st thing yg sy slalu belek setiap kali nak beli buku ialah cover belakang sebab nak tgk price.. check dulu price dia.. sekali tgk rm 8.. betul ke? tgk 2nd time, eh betul la.. murah gile!!!.. ok, masuk dlm beg.. jln lagi jumpa dessert cookbook.. harga pon rm 8.. kali ni dah tak terkejut.. jln punya jln.. akhirnya dpt kumpul 4 siri buku shopaholic.. then jumpa plak novel danielle steel yg tak mampu nak beli dulu masa zaman remaja.. uweks.. so, sambar 5.. tamak tak? hehe..then pejam mata n amik novel lipstick jungle. sebab sy peminat siri tu :).. pusing2, tgk ada byk novel from nora roberts.. tak familiar dgn author ni tp seriously byk betul novel dia.. ramai jugak yang kerumun.. so, why not i gave it a try kan? amik satu n larik! ;p tak lupa motivational reading.. sy beli jugak high five! n 3 others 4 only rm 30 :D

since my friend ada pesan kids' books utk anak dia, sy pon beli la sekali utk kanak2 riang kat umah.. worth 4 ur money coz the quality of the books sgt la best.. esp baby's 1st book.. so colorful..

walaupun masing2 sakit bahu sebab kuantiti buku sgt byk utk dipikul, tapi semua balik senyum sampai ke telinga.. best sgt!.. to be honest, bbwb sales sgt best n paling murah compare to other books' sales ever.. so far :) thumbs up


antara yang dibeli


antara buku untuk anak2 n anak buah tersayang


ni semua berjumlah rm 88 SHJ :)


stamping service 4 free @ bbw.. isn't it cool?

Monday, September 12, 2011

happy 9th anniversary papas

salam...

hari ni genap 9 tahun sy n en. hubby couple.. hehe.. poyo-ness!!? memang.. couple pon nak ada anniversary ke? tak kisah le.. actually both of us lagi igt tarikh ni drp tarikh kawin.. serious tak tipu.. :)

happy anniversary papas.. mamas will always love u :D





Sunday, September 11, 2011

riang ria hari raya

salam..

wah.. tahun ni cuti raya lama sikit.. bleh merasa buka ramai2 kat kg.. raya ramai2 & jln2 ramai2.. seronok sgt.. dpt g wang kelian ngan mak & makcik2 tuk shopping b4 raya.. tak sangka jln nak ke situ sungguh mencabar.. ala2 nak ke cameroon pun ada, ala2 balik pulau pun ada.. sgt ngeri ok.. jalan bengkang bengkok n naik turun bukit.. sib baik naik rav4 chu.. salute la dia drive rilek jek.. sy duk kat belakang dh berdoa2 dh.. huhu.. mak kata daging kat situ murah tp tgk2 harga sama je mcm kat kulim.. rasanya diaorg markup harga sbb nak raya.. tak jd beli daging.. papa sempat pulak beli heli remote tuk haikal (mama rasa tuk papa la sebenarnya sbb nnt dia yg tukang main, haikal tukang tgk sambil tepuk tgn heh).. tak kisah la.. alang2 dh dekat tu, kami menyinggah kat padang besar.. rasanya every time blk kg mesti ke sana.. best woo.. antara hasil tangkapan; ikan bilis mentah yang dh siap siang, ikan bilis perisa tomyam (sgt sedap), gajus utk mak ptn (faveret dia tu), pes tomyam (ni mak ptn, along & jihan yg kirim.. sgt sedap sbb rasa dia original siam mari.. so, sy borong cam org gile.. mak tanya, ni beli byk2 nak buat ape? hoho jgn tak tau, sy jarang buat tomyam tp sy guna pes tu tuk buat nasi goreng tomyam.. pastu letak udang & sotong byk2.. marbeles okeh), sos cicah 4 sotong goreng tepung tu.. cam kat restoran thai & sos ikan (mak ptn kirim tuk buat somtam.. yum yum)

tak sah klu blk kg tak makan kat char kuey teow matary n nasi kandar pelita.. tq en. hubby yg sgt paham sy.. cuma hari tu tak smpt mkn pasembor kat padang kota.. dh sampai tp umat manusia makaih, ramai gile.. malas la nak stop.. jln2 kat gurney plaza jek :)

ok2.. mesti korang dlm hati kata, eh ni entry riang ria hari raya ke entry jalan2 carik makan kan? huhu.. gambo raya tahun ni tak byk sbb kami sibuk melayan kerenah anak2 yg tgh lasak ni.. bukan main susah nak amik gambo family.. ape2 pun.. jom layan gambo raya tahun ni yang tak seberapa ye.. heh



tgk la mak bapak diorg yg overexcited.. si marissa tgk je ape la papa aku buat nih.. si melissa cam nak nangis takmo bergambo huhu.. mana haikal? hmm jgn tak tau, dia yg sibok nak snap gambo nih.. ok gak kan :)


ok, setelah dipujuk, haikal bagi org lain jd cameraman.. overall ok gambo ni.. tp si marissa plak gerak.. adoyai


gambo ni bleh la.. perasan tak kaki si melissa goyang?.. huhu


last but not least, our pic.. heh.. sib baik muka maintain lg.. dlm kete nak beraya baru teringat blom amik gambo berdua lg.. so, ptg tu.. smpi umah je suh bil amikkan gambo hehe

Friday, August 26, 2011

s e l a m a t . h a r i . r a y a

salam...

tahun ni sy sekeluarga beraya di rumah mertua di kulim.. seronoknya sebab dh lama tak balik.. ye la.. selalu bila ada cuti umum, diorg terus plan dtg sini.. jd tak berkesempatan nak balik :) tahun ni jugak balik kg bwk bibik.. mencabar jugak sebab dia ni jenis mabuk kalau naik kete.. hopefully semua ok.. persiapan raya eg. baju, rumah, kuih-muih semua dh settle.. tahun ni sy sempat buat dua jenis kuih raya.. yg simple2 je.. biskut cornflakes rangup & cornflakes madu.. yg lain tu kuih tunjuk jek :P insyaAllah kalau sempat kat kg nanti nak buat kek batik pulak heheheh.. semangatnya nak raya tahun ni hohoho.. kaler tema thn ni surprise~

ok..ok disebabkan hari ni last keje b4 start cuti raya, sy ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan, sanak saudara n juga pembaca blog sy.. silent readers jugak.. :) maaf zahir & batin ye.. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.. makan berpada-pada ye.. jgn sampai mengundang penyakit lain




Friday, July 15, 2011

the journey of my honey-s

salam.. walaupun lg seminggu kita nk beraya.. tidak terlambat utk sy mengucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak.. semoga kita berpeluang merasai malam lailatul qadar... amin

(entry ni sy dh draf sebelum puasa lg tp asik tertangguh2.. maafkan sy ye)

sejak akhir2 ni sy selalu igt mati.. nauzubillah!.. ye igt mati tu wajib ye kwn2.. sama2 la kita sedekahkan al-fatihah pada sedara mara n sahabat handai kita yang telah kembali ke rahmatullah

kali ni sy nak cerita pasal twins sy.. melissa hani n marissa hani.. jarang sungguh sy nak cerita perihal mereka..

syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang utk sy merasai pengalaman mengandungkan 2 janin dalam satu masa.. alhamdulillah sepanjang 34 minggu, sy tidak mengalami alahan yang teruk hingga terpaksa admitted di hospital.. berlainan dgn rakan sy, arwahyarhamah kak chah (insyaAllah jika ada kesempatan sy akan ceritakan kisah kak chah di entry lain ye) yg terpaksa berkampung di hospital p*jaya sehingga selamat melahirkan tripletnya..

ye.. siapa yg tak bangga mendapat peluang sebegini.. tak semua org dapat merasainya.. tp segalanya tidaklah seperti yg disangkakan.. macam2 perkara yang bermain dalam fikiran sepanjang mengandungkan twins sy ini.. persoalan yg sgt membimbangkan sy adalah:

  1. cukup ke makanan yg sampai kpd kedua2 bayi sy ni?.. (this explains y i double up my weight during pregnancy :P)
  2. sempurnakah nanti twins sy ini?.. (teringat kisah2 kembar siam yg bercantum di anggota2 tertentu semasa dilahirkan.. wpun berulang kali doc cakap twins sy ni fraternal twin iaitu kembar tak seiras yg mana kembar jenis ini tidak berkongsi placenta kerana terhasil dari 2 ovum yg berlainan.. amik ko, belajar bio jap je kwn2)
  3. cukup bulankah nanti kembar sy?.. (dlm kepala slalu terfikir masalah2 yg akan timbul yg berkaitan dgn kesihatan sy yg akan menyebabkan sy terbersalin awal.. terbayang bayi2 yg terpaksa duduk dlm incubator berbulan2 sebab tak cukup bulan.. n saiznya sebesar tapak tangan je.. kesiannya mereka)
  4. macam mana dgn keadaan twins nanti?.. (org ckp bayi yg tak cukup bulan selalu cepat dpt penyakit sbb daya tahan badan diorg lemah.. adoyai)
alhamdulillah.. persoalan2 di atas dh terjawab.. kakak n adik sihat dan sempurna sifatnya.. wpun lahir pada minggu ke-34.. (8 bulan +)

ok.. sy nk ceritakan pasal budak 2 org ni ye..

melissa hani (kakak):
  • dilahirkan secara normal pada pukul 0651 3 April 2010 di hospital p*jaya
  • berat 1.9 kg
  • kelahiran yang mudah.. 2-3 kali teran je dh pop-up.. alhamdulillah
  • sgt manja n garang
  • bentuk muka bujur sirih n air muka lembut
  • susah senyum n quite
marissa hani (adik):
  • dilahirkan secara emergency c-sec (di mana sy mmg tak sedar langsung.. tak sempat nk bagi epidural bagai.. n emergency c-sec ni adalah high risk.. alhamdulillah sy masih diberi kesempatan utk bernafas sehingga sekarang) pada pukul 0718 3 April 2010 di hospital p*jaya
  • berat 2.4 kg (ye lebih berat n besar.. sy rasa masa dlm perut dia yg mkn byk.. n sampai skrg beratnya mesti lebih 1 kg dr kakak.. of coz kuat mkn heh)
  • keadaan tangan terkeluar dahulu (tp bukan songsang ye)menyebabkan doc ambil keputusan emergency c-sec (sgt frust sbb expect dua2 normal).. tp alhamdulillah dua2 n sy selamat
  • gaya cam tomboy sikit (kasar) n suka menyakat kakaknya yg garang :)
  • bentuk muka agak petak n pnjg.. air muka sedikit garang
  • suka senyum n friendly
bestnya pasal diorg.. kebanyakan org still tak bleh bezakan yg mana kakak, yg mana adik wpun byk kali sy bagitau diorg ni kembar tak seiras n muka mmg berbeza.. tak tau la sy adakah sbb sy mama diorg so bleh lah bezakan yg mana satu.. sbb kadang2 papa diorg pon konpius hehe


teka mana satu kakak n adik :)

Tuesday, July 12, 2011

biskut Y

salam..

ok.. hari ni sy nak share lg satu biskut raya faveret sy.. biskut Y..nape nama dia camtu? sbb bentuk dia cam bentuk huruf y.. ni pon makcik sy slalu buat dulu.. ermm sape tau mana nak beli acuan tuk biskut Y ni?

(Sumber: MyResepi)

Bahan-bahan ( +/- 60 biji )

  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan tepung gandum
  • merjerin/butter secukupnya (dlm 180g)

Cara-cara

  1. Campurkan / gaulkan gula pasir dgn tepung dalam mangkuk.
  2. Masukkan marjerin/butter sikit2 sehingga boleh dijadikan seperti doh.
  3. Tekan masuk ke dlm acuan Y dan susun di dalam loyang pembakar.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak (nampak kuning nk coklat, pastu nampak corak petak gula pasir timbul)
  5. Dah masak, keluarkan dr oven. Sejukkan dan kemudian br keluarkan dr acuan. Kalo x nanti dia pecah. Kemudian siap sedia utk disimpan atau makan.
senang ya amat kan??

Monday, July 11, 2011

biskut cornflakes rangup

salam.. mood raya dh tiba walaupun blom start puasa.. mulai hari ini sy akan share resepi biskut raya yg simple n sedap @ faveret sy masa kecik2 dulu ye.. kita mulakan dgn biskut cornflakes rangup.. makcik sy wajib buat biskut ni setiap kali raya n bleh dikatakan sy membesar dgn biskut nih.. ni bukan resepi sebenar tp hampir sama yek

(Sumber : Myresepi)

Bahan2nya:
250gm butter
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
Papercup dan ceri untuk hiasan
(klu tak guna papercup pon takpe.. letak terus atas loyang yg disapu butter n ditabur tepung gandum)

Cara-cara :

  • Pukul butter dan gula hingga kembang.
  • Masukkan tepung dan cornflakes.
  • Sudukan kedalam papercup, hias dengan ceri dan
  • Bakar suhu 150C - 20min
P/S: makcik sy slalu masukkan kismis hitam dlm adunan, so ada rasa masam2 manis :)

Sunday, July 10, 2011

maafkan saya..

maaf.. sy telah mengabaikan blog ini sekali lagi.. sila cuci mata dgn gambar2 family day opis sy di suatu lokasi yang dirahsiakan ye (rahsia la sgt kan).. pic describes thousands of word.. cheers





Saturday, June 04, 2011

nora elena


suka sangat tengok cite ni.. adaptasi daripada novel 'Kasih Yang Suci'.. lagu2 dia pon best!! ok.. bukan sy sorang ye.. my hubby pon layan gak.. sekarang ni balik b4 7 dh sampai umah.. slalu tu klu blom pukul 9 ke atas, jgn harap la dia ada kat umah.. ada hikmahnya tv series ni.. hopefully pasni pon dia balik la awal.. amin hehe

Saturday, May 28, 2011

kuih keria yumyum

salam..
hari ni sgt boring.. nak kuar jln2.. sana sini jem.. ni semua prog sejuta b.e.l.i.a punya pasal.. sampai nak gi beli groceries pon tak dpt.. a.l.a.m.a.n.d.a jgn cite la kat.. parking sume full.. ok tuk mengisi masa lapang.. jom main masak2.. kebetulan ada seketul keledek merah.. jom kita buat kuih keria.. haikal sekarang tengah gila makan donut.. segala jenis donut pon takpe.. yang penting ada rupa donut... so, keledek merah pon keledek merah la.. tu je yg ada kat dapur.. meh nak terangkan ala-ala chef gitu :P


bahan-bahan:


1 biji keledek sederhana besar (bleh guna keledek putih, oren, merah etc sbb semua sedap)

1 cawan tepung gandum (bleh adjust ikut kesesuaian.. yang penting jgn sampai keria jadi keras)

1/2 cawan gula (blend sederhana halus.. sebelum tu asingkan 1 sudu besar untuk dicampur dalam adunan)

secubit garam

air untuk merebus keledek


cara-cara: (bergambar ye kawan-kawan)


mula-mula lenyek keledek yang dah siap direbus.. campur sedikit garam & gula





tambah tepung gandum sedikit demi sedikit & kacau





lepas tu jadikan dia cam donut (tips: roll adunan jadi cam keropok lekor pastu sambung end to end) p/s: sori malas nak rotate gambo heh p/s2: nampak tak gula yang dah siap blend tu? hihi




pastu goreng la kuih keria guna deep frying method





last skali.. biarkan sejuk & tabur gula yang dah di'blend' tadi





ok.. siap untuk dingap oleh haikal hehe




Sunday, May 22, 2011

nur kasih the movie


salam.. ape kabar kamu2 semua? sy sangat baik hehe

pagi tadi hubby n i tgk cite ni.. not a die hard fan of this telemovie b4.. tgk gitu2 je dulu tapi tau la semua character dalam telemovie ni.. di sebabkan preview yg slalu kuar kat tv.. sy sgt teruja nak tgk hehe.. kebetulan PIL ada kat umah, so bleh la lari sekejap ke a.l.a.m.a.n.d.a.. sanggup tgk midnite show kul 12.50 a.m. sbb itu je yang available.. tq to e-payment @ gsc.. klu tak konpem tak dpt merasa tgk cite tu.. overall cite best.. scene sgt cantik esp masa kat jordan.. sgt suspen masa scene gaduh2.. termengalirkan air mata sikit masa scene adam ngan mak dia tu.. tp hubby kat sebelah tak perasan.. *malu.. tp yg frustnya, ending cite cam tak berape nak faham.. nak kata tergantung tak.. tp takde climax.. habis macam tu je.. so, my review.. cite yang best but minus the ending yang biasa shj.. TQ

Tuesday, May 10, 2011

quickie

hai.. hai.. sy sudah lupa azam sy tuk update blog ni selalu.. nk kata bz gile tak jugak tp kdg2 terlupa kewujudan blog ni heh.. sowi.. ok quick update ye

12-14 apr 2011
interview p.i.l.n. kat i.n.t.e.c shah alam.. terpaksa meninggalkan anak2 kat umah.. nk berulang pagi2 takut tak sampai on time.. syukur ibu mertuaku baik hati cuti seminggu jaga cucu2 kesayangan dia.. sgt penat key-in marks bdk2 tu.. alhamdulillah setel jugak on time

27-29 apr 2011
sy tak berniat nk cuti awal b4 1 mei tp sy terpaksa mc kerana sakit mata.. tak tau la dpt virus dari mana.. tetibe jek kena.. sampai harini.. still tak baik2 lagi.. tp dtg je keje sbb dh lama gile mc.. kang bos bising plak keje melambak.. mcm2 petua dh cuba.. titik susu ibu, sapu air k**cing, pejam celik dlm air garam.. hmm kwn2 ada lg tak petua lain tuk sakit mata?

2 mei 2011
majlis resepsi along sy.. jgn terkejut.. this is along's 2nd marriage.. bertemu jodoh dgn abg omar.. yg juga his 2nd marriage.. majlis kecilan n tetamu pon dr keluarga terdekat je.. so sorry kerana tak menjemput uols.. menghormati permintaan along shj.. happy for her n hopefully happily everafter amin

3 mei 2011
besday hjh fatimah bt ahmad.. iaitu mak sy.. happy birthday mak!! alhamdulillah kesihatan mak bertambah baik lps treatment ESMR.. thanks to technology.. thank you ALLAH.. skrg ni sy nk buat mak happy selalu.. insyaALLAH

the twins dh pandai jalan masa besday mak yg mana masa tarikh ni diorg genap 13 bulan.. alhamdulillah..

ok.. tu je update tuk kali ni.. haha sgt pendek kan

Sunday, April 03, 2011

happy birthday melissa hani & marissa hani

alhamdulillah.. my baby twin dh setahun harini... sekejap je rasa masa berlalu.. syukur kamu berdua membesar tanpa ada masalah kesihatan yang serius.. setakat demam n asma sikit2 tu normal bagi mama..

mari mengimbas kembali dari mula mama tau mama pregnant kali ke dua...

masa tu baru lebih kurang 2 bulan abis dpa klu tak silap.. mama tak sedar langsung mama pregnant sbb peod kuar jugak as usual (i had 28 days menstrual cycle) tp sgt pelik sbb kuarnya sikit2 je.. kebetulan masa tu bulan pose, so dgn rasa tak bersalahnya mama pon ponteng 7 hari.. peod yg pelik tu buat mama suspicious then mula la mama beli pregnancy test.. ok..ok.. instinct mama tepat.. mama pregnant... masa tu perasaan bercampur baur.. ye la.. mmg tak plan nk tambah anak dlm masa terdekat.. tp Allah swt maha mengetahui..

nk dijadikan cite.. ada satu ari tu nenek dtg cni n mama pegi la temankan dia shopping groceries after blk keje.. otw nk blk dr shopping tu mama takleh nk drive sbb mata jd kabur.. kuar bintang2.. so, terpaksa stay dlm 30 min dlm kete then baru start drive semula.. sape penah kena konpem tak suka perasaan tu sbb kita tak nmpk ape2.. esoknya mama ajak papa teman gi az-zahrah tuk check ape sebenarnya masalah mama ni.. doc suh buat ecg.. ermm masa tu.. takut gak.. mama kena sakit jantung ke.. tp resultnya alhamdulillah.. heart beat ok.. then mama kena buat tyroid test.. yg mana +ve.. aduhai.. dh la pregnant, suspect tyroid plak.. doc ckp kebiasaannya pregnant woman ada posibility tuk kena tyroid tp ni cuma sementara n after deliver, ianya hilang.. tp... ni yg tak best ni.. doc ckp tyroid cases during pregnancy sgt jarang n org2 yg kena kemungkinannya pregnant di usia lanjut & twin @ triplet @ more pregnancy... hmm.. masa tu mama pk, mama muda lg.. ewah.. ye la.. baru 27 thn masa tu.. tp tak mungkin kembar.. doc pesan suh monitor tyroid masa monthly checkup nnt.. last baru dia tanya.."eh, awk dh penah scan blom?" mama katalah, "blom doc.. baru lg ni.. baru 10 minggu klu tak silap".."ok, alang2 scan la ye".. "ok je doc"
mama pon scan la.. papa ikut masuk bilik skali.. tibe2 nurse ckp.. "eh.. ni ada dua ni.. cuba awak tgk".. mama n papa menjenguk la kat skrin monitor tu.. nmpk ada 2 sac.. klu satu.. satu sac la kan.. mama pandang papa n papa pandang mama.. wowo.. honestly, bile mama tau mama pregnant, perasaan tak la excited.. mama tau papa pon sama..hehe tp bile twin.. terus cam tak tau nk cakap.. happy + takut + nervous.. dlm hati.. alhamdulillah.. Kau bagi bukan satu tapi 2 anugerah yang terindah.. syukur sgt!

ni la gambo scan yg 1st itu..


ni pulak masa korang berusia 3 hari.. (mel yg kecik.. marissa yg big size tu.. muka sebijik cam maktok kulim hahaha) baring berhimpit.. nenek kata biar panas... maklum la duk kat hosp ber air-cond hoho.. lama tau kita duk kat ctu.. 7 hari :(

alhamdulillah time pregnant tu mama takdelah masalah.. rasa cam pregnant biasa je.. cuma rasa perut berat ckit.. tp takde la smpi kena warded.. cite2 time pregnant mama dh coretkan dlm blog lama.. nnt bile besar mama akan bg melissa n marissa baca ye..

anyhow, i'm so honoured to be your mama, carried both of u for about 34 weeks.. u guys were such a good girls in there.. n also in the present..

insya Allah.. klu ada kesempatan, mama akan tulis hari mama melahirkan kamu berdua.. in PART II :D


happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to melissa n marissa..
happy birtday to both of you..

P/S: mama nk bwk anak2 mama main puas2 arini ye.. ok papa, kemana kita.. OU ok tak ?

Thursday, March 24, 2011

happy birthday papa & bak

bday boy yg balik lmbt :(
mmg purposely beli separuh sbb sure tak abis ;)

arini besday mr. hubby.. mama doakan semoga papa lebih matang n caring n murah rezeki ye.. family first tau

besday bak 22 hb aritu.. happy belated birthday bak!! jauh tak dpt celebrate... sori ye bak.. semoga sihat selalu


amin..

Wednesday, March 23, 2011

mata berdarah


bgn2 pg td mata sy jd gini.. tak rasa ape pun.. gatal pon tak.. nape eh?

Wednesday, March 16, 2011

camne ni?

lps 'kejadian itu'.. smlm cikgu bgtau yuran bdk2 naik effective next month.. alasan: lps ni 1 cikgu jaga 5 bdk je.. bistu sblom ni 1 cikgu jaga brape bdk?? hmm sblom ni total tuk haikal n twin dlm rm700++ (tak termasuk ot).. skrg dlm rm1k++.. sgt lari budget n tak berbaloi rasanya.. kos sebyk ni, kami ble hire 2 maid kat umah.. tibe2 terpk nal amik maid plak.. wpun sblom ni rasa leh cope lg tp memandangkan kos sebegini, kena reconsider la tuk amik maid.. n hv to bear of the consequences.. tlg kwn2 yg ada exprience amik maid, brape kos n procedure involve? lama tak processnya? tolong!!

Friday, March 11, 2011

alhamdulillah :D


alhamdulillah.. hari ni genap la 4 tahun usia perkahwinan kami.. onak dan duri.. suka duka kami kongsi bersama.. bukan mudah ye.. 4 tahun, kami masih dalam fasa belajar lg perangai masing2.. tp interesting.. 2 jiwa 1 hati la katakan.. kehadiran 3 org cahaya mata adalah anugerah terindah Allah SWT..

abg, happy 4th anniversary! semoga usia perkahwinan berkekalan hingga ke akhirat.. doakan kebahagiaan yang berkekalan untuk kami ye.. amin

Wednesday, March 09, 2011

fuhh!!

hmm.. telah test n resultnya adalah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
... -ve..... fuhh!!

ok.. bleh teruskan ngan azam 'turunkan berat badanku' ;p

Thursday, March 03, 2011

adakah?

kenapa sejak akhir2 ni sy rasa dizzy.. esp bila bgn tdo? kepala rasa semut2 (kebas) je.. kwn2 tegur nape muka nmpk penat.. yyup mmg rasa penat n pening manjang.. pastu tgn n kaki jd gatal2.. mengikut firasat sy.. gatal tgn n kaki ni jadi bila sy pregnant je.. (refer to my 1st n 2nd pregnancy la) adakah sy pregnant lg? aduh saspennye.. mana taknye, b4 ni ada amik family planning tp due to side effect yg tak brape sy suka which i experienced non-stop period for the past 3 months.. i decided to stop n opt for natural planning.. sepatutnya my appointment ngan gynea on 7th Feb 2011.. so that's mean i have not been protected for almost a month now.. smlm sudah beli preg test.. cuma lom test lg.. hopefully tak la kan.. twin kecik lg.. tgh lasak pulak tu.. tp klu +ve alhamdulillah rezeki.. kita tunggu lg seminggu tgk simptom ni hilang ke tak.. if not baru test..

~speechless~

Thursday, February 24, 2011

aduhai

tgk2.. azam utk menulis blog tergendala lg.. mana taknye sibuk manjang.. meh nak cite rutin harian sy..

0600-0730
bgn & tunaikan ape yg patut.. panaskan bubur twin utk bekal ke nursery, mandi.. siap2

0745
bertolak hntr kids & ke opis

1800-1830
fetch the kids & blk terus.. tak menyinggah memane -_-

1900-0001/0100
layan cite tv3
siapkan beg diorg utk esok
masak bubur twin utk mlm n bekal esok
masak dinner klu rasa rajin *pengsan
layan karenah kids yg pelbagai *cam ramai je bunyinye
curik masa kemas umah n basuh pinggan.. *erk semalam punyer
tunggu kepulangan en. hubby.. *paling lmbt dlm kul 10-12 mlm.. kdg2 dia buat suprise, kul 7 ptg dh ada kat umah dh heh
bile en. hubby blk baru dinner (late dinner/ supper)

anak yg paling senang nk tdo buat masa ni adalah marissa.. bile dh kenyang n dpt susu.. terus golek2 tdo.. haikal plak kdg2 kul 1 pg tak tdo sbb layan ipad.. melissa.. haihss.. klu tak nmpk byg mama dia terus meraung.. even klu papa ada kat dpn mata dia.. kita nk mandi nangis.. nk ke dapur nangis.. nk buat ape pun mesti dia nk ikut a.k.a. berdukung la.. unlike marissa, mmg renyah ckit la nk jaga si kakak ni.. dlm kul 12 lebih baru nk menidurkan diri.. tu pun lps dpt mengemping ngan mama.. bile sume dh tdo.. sy pun dh rasa penat n ngantuk.. so mmg takde maknanye nk hapdet mlm2.. kdg2 berangan bwk blk keje opis pun tak berusik okeh.. pendek kata takde masa utk diri sendirik

bukan nk mengeluh tp nk bgtau nape sy jarang hapdet blog sy.. sy happy ngan keadaan skrg.. wpun takde maid.. penat.. buat masa skrg i didnt opt 4 any helper.. klu yg bleh dtg masa weken tu takpe.. i need space n privacy

~cheers~

Friday, February 11, 2011

rindu sama kamu

haih.. rindunya pada budak2 tu.. sy outstation lg ni.. dari ari rabu lps.. esok baru leh balik.. walaupun dekat je tp kena stay pj sbb sesi pecah otak sampai malam.. klu ulang-alik umah.. rushing gak sbb pagi2 kena hntr 3 rascals tu ke nursery dulu.. so, lebih slamat tdo cni je.. nasib budak2? twins terpaksa tdo kat nursery.. haikal, papa dia amik tiap2 ari.. bukan tak harap si papa manjaga twins.. si papa yg blom sanggup menjaga.. takpe la mama paham.. ;)

so.. esok sy balik la.. hmm.. tp cdg nk gi gym jap b4 amik budak2.. aci tak??? *wink*

Monday, February 07, 2011

cepat sembuh ye bak

sekali lagi keluarga kami diduga.. bak dimasukkan ke icu HSA pada subuh 30 Jan 2011.. suspected heart attack.. bile doc check sume, rupa-rupanya ada problem jugak dengan kidney, peparu berair.. bak mmg penah buat minor operation kat kidney tuk keluarkan batu karang.. peparu berair tu kemungkinan disebabkan jangtung yang lemah tuk pam air.. tu yang bertakung kat peparu tu.. sebak bile tgk condition bak hari tu.. selama ni.. walaupun dia nampak tak sihat, tapi still bleh driver ptn-pjaya tuk follow up mak kat ppum.. still bleh layan si haikal n aqel naik thomas a.k.a. erl ke klia

ironiknya.. pada hari kejadian, balik drive sendiri ke hosp ptn n hon kete sekuat hari sblom pengsan dan ditolong oleh staff kat sana..

mak pulak tak expect condition bak seteruk itu sbb sblom ni hosp penah call bagitau bak accident.. masa tu mak kata bak bleh gelak2 lagi.. tapi kali ni mak cuma nampak bak terbaring tak sedar diri dalam ambulans sebelum dibawa ke HSA, JB

Alhamdulillah, smlm bak dah sedar.. dia bagitau dia drive ke hosp sbb dia rasa mcm nak mati.. :(

mohon kawan2 doakan bak cepat sembuh ye.. dia la tempat kami bergantung

Wednesday, January 26, 2011

haikal.. happy birthday to you


Align Right
haikal.. so sorry mama can't make it today.. mama already in the flight to l.a.n.g.k.a.w.i.. how i wish i could spend the whole day wif you.. make homemade cake for you to blow the candle.. how time flies.. you already 3 my dear.. mama would like to wish u a very happy 3rd birthday.. n mama luv u :D

n.. gonna mish all of u~

Sunday, January 16, 2011

melaka getaway II

ok.. seperti yg dijanjikan.. ni la 'entry'nya..

lepas checkout, kitaorg lunch kat INDORI.. restoran masakan padang.. tp menu dia campur2.. tak pure padang la.. klu gi melaka, mmg nilah tempat makan kitaorg.. huhu.. sbbnya bak suka komplen bila makan luar.. tp kedai ni je dia ok.. siap suggest awal2 nk makan kan sini.. so.. layankan aje.. lauk-pauk dia pun not bad.. me, as usual akan order alpukat.. bak n papa.. die hard kopi saigon.. ala diorg nk style je tu.. tp rasa kopi dia mmg kaw2.. kalah kluang station :P

dari kiri: daging dendeng, sambal merah, begedil, keli goreng, sambal bilis + kacang, ayam kampung masak merah, urat keting masak lemak, sambal hijau..

ni la dia kopi saigon.. vietnam style.. (air alpukat lupa nk snap.. huhu)


lepas makan kami ke zoo.. jihan dpt tiket free sbb m*ybank sponsor rimau sekor kat cni.. alhamdulillah.. rezeki kami bercuti FOC.. heh

ni gambo dlm tram


gambo lg..

pakcik drebar kata brenti tgk buaya 10 min.. tp lama gak tunggu.. dlm 30 min.. nmpk tak org tgh duduk kat blkg? tu la pakcik drebar.. sabo je la tunggu dia minum.. sib baik tak order mkn skali.. klu tak mau kena sound..

marissa.. mana marissa.. ala masa ni dia tdo.. so tinggal ngan maktok kat stesen tram.. susah nk angkut.. lgpon dia tdo dlm stroller.. sian marissa takde dlm gambo.. beso nnt jgn salahkan mama ye.. kamu yg kuat tdo.. kat mane2 je bleh tdo.. haiyo..

ok.. mama letak gak la gambo marissa wpun gambo ni masa kita jln2 kat padang kota, penang aritu.. huhu
alala.. muka innocent..

P/S: gambo ahli rombongan yg lain takde la.. salahkan photographer a.k.a. papa yg malas amik gambo heh






Friday, January 14, 2011

melaka gateway

ni sume cite minggu lepas.. baru sempat nk update..

ok.. pas dinner.. esoknye tu kitaorg cuti2 malaysia kat melaka.. courtesy from along.. nk guna free room voucher katanya.. mula2 cadang nk book 2 bilik.. sbb ahli rombongan ramai.. tp last2 dpt ala2 apartment 2 bilik siap ada kitchen lg.. along, bak, mak n aqel from ptn, my family, pil n bils dr pjaya.. sampai2 kat everly hotel & resort tu.. terus kagum ngan kebesaran 'apartment' kitaorang.. swimming poolnya pun not bad.. org yg paling seronok semestinya haikal n aqel.. kembar lain mak bapak ni exicted sungguh.. best kan jd budak kecik ni.. takde masalah nk pikir.. huhu

kita mulakan dgn gamba empunya blog la ye.. jihan, sila jeles.. sape suh tak ikut...



lama tak main buai


mak yg sabo tunggu cucu2 swimming



us.. :D


abg haikal.. susah btol nk amik gambo dia


aqel.. yg suka bergambo.. heh

korg mesti tanya mana twin kan? sebenarnya kitaorg gilir2 bfast.. n terus teman bdk2 ni g swimming.. tu yg takde tu.. diorg kat 'apartment' ngan maktok...

cukup la kot.. ada byk gambo lg tp letih nk upload.. tp dun wori.. akan ada entry melaka gateway II.. tunggu~

malam berjimba

jumaat lepas.. bmi buat mlm apresiasi tuk warga kerja.. rasa sgt dihargai.. tema mlm tu.. merah hitam.. wah.. staff2 sume melaram.. bos2 sempoi jek.. gua?? terlari tema ckit.. susah nk carik baju yg sesuai.. sbb takmo over sgt n takmo biasa sgt.. camne tuh? hehe



taraa



kwn2 opis


kwn2 opis lg




wif queen of the night

next week dinner lg.. kali ni bleh bwk papa.. yeay!! nk pakai baju ape plak ye? ain.. start thinking..

Wednesday, January 12, 2011

alamak

huhu.. i will not be around during haikal's birthday.. sedih2.. baru tau kena attend SPS kat L.a.n.g.k.a.w.i... kena g jugak coz sblom ni byk ngelat tak ikut bos outstation.. alasan; ada bby twin la anak sakit la.. etc.. aci tak buat birthday party abg haikal lmbt ckit.. sowi..

smlm borak masa dinner,

mama: haikal dh bape thn?
haikal: 3!!!
papa: nnt masa bday haikal mama takde tau
haikal: ala...

wooo.. sedih2..

Wednesday, January 05, 2011

cake vs cuppies


or


which is suitable for haikal's 3rd birthday party?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...