Friday, July 15, 2011

the journey of my honey-s

salam.. walaupun lg seminggu kita nk beraya.. tidak terlambat utk sy mengucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak.. semoga kita berpeluang merasai malam lailatul qadar... amin

(entry ni sy dh draf sebelum puasa lg tp asik tertangguh2.. maafkan sy ye)

sejak akhir2 ni sy selalu igt mati.. nauzubillah!.. ye igt mati tu wajib ye kwn2.. sama2 la kita sedekahkan al-fatihah pada sedara mara n sahabat handai kita yang telah kembali ke rahmatullah

kali ni sy nak cerita pasal twins sy.. melissa hani n marissa hani.. jarang sungguh sy nak cerita perihal mereka..

syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang utk sy merasai pengalaman mengandungkan 2 janin dalam satu masa.. alhamdulillah sepanjang 34 minggu, sy tidak mengalami alahan yang teruk hingga terpaksa admitted di hospital.. berlainan dgn rakan sy, arwahyarhamah kak chah (insyaAllah jika ada kesempatan sy akan ceritakan kisah kak chah di entry lain ye) yg terpaksa berkampung di hospital p*jaya sehingga selamat melahirkan tripletnya..

ye.. siapa yg tak bangga mendapat peluang sebegini.. tak semua org dapat merasainya.. tp segalanya tidaklah seperti yg disangkakan.. macam2 perkara yang bermain dalam fikiran sepanjang mengandungkan twins sy ini.. persoalan yg sgt membimbangkan sy adalah:

  1. cukup ke makanan yg sampai kpd kedua2 bayi sy ni?.. (this explains y i double up my weight during pregnancy :P)
  2. sempurnakah nanti twins sy ini?.. (teringat kisah2 kembar siam yg bercantum di anggota2 tertentu semasa dilahirkan.. wpun berulang kali doc cakap twins sy ni fraternal twin iaitu kembar tak seiras yg mana kembar jenis ini tidak berkongsi placenta kerana terhasil dari 2 ovum yg berlainan.. amik ko, belajar bio jap je kwn2)
  3. cukup bulankah nanti kembar sy?.. (dlm kepala slalu terfikir masalah2 yg akan timbul yg berkaitan dgn kesihatan sy yg akan menyebabkan sy terbersalin awal.. terbayang bayi2 yg terpaksa duduk dlm incubator berbulan2 sebab tak cukup bulan.. n saiznya sebesar tapak tangan je.. kesiannya mereka)
  4. macam mana dgn keadaan twins nanti?.. (org ckp bayi yg tak cukup bulan selalu cepat dpt penyakit sbb daya tahan badan diorg lemah.. adoyai)
alhamdulillah.. persoalan2 di atas dh terjawab.. kakak n adik sihat dan sempurna sifatnya.. wpun lahir pada minggu ke-34.. (8 bulan +)

ok.. sy nk ceritakan pasal budak 2 org ni ye..

melissa hani (kakak):
  • dilahirkan secara normal pada pukul 0651 3 April 2010 di hospital p*jaya
  • berat 1.9 kg
  • kelahiran yang mudah.. 2-3 kali teran je dh pop-up.. alhamdulillah
  • sgt manja n garang
  • bentuk muka bujur sirih n air muka lembut
  • susah senyum n quite
marissa hani (adik):
  • dilahirkan secara emergency c-sec (di mana sy mmg tak sedar langsung.. tak sempat nk bagi epidural bagai.. n emergency c-sec ni adalah high risk.. alhamdulillah sy masih diberi kesempatan utk bernafas sehingga sekarang) pada pukul 0718 3 April 2010 di hospital p*jaya
  • berat 2.4 kg (ye lebih berat n besar.. sy rasa masa dlm perut dia yg mkn byk.. n sampai skrg beratnya mesti lebih 1 kg dr kakak.. of coz kuat mkn heh)
  • keadaan tangan terkeluar dahulu (tp bukan songsang ye)menyebabkan doc ambil keputusan emergency c-sec (sgt frust sbb expect dua2 normal).. tp alhamdulillah dua2 n sy selamat
  • gaya cam tomboy sikit (kasar) n suka menyakat kakaknya yg garang :)
  • bentuk muka agak petak n pnjg.. air muka sedikit garang
  • suka senyum n friendly
bestnya pasal diorg.. kebanyakan org still tak bleh bezakan yg mana kakak, yg mana adik wpun byk kali sy bagitau diorg ni kembar tak seiras n muka mmg berbeza.. tak tau la sy adakah sbb sy mama diorg so bleh lah bezakan yg mana satu.. sbb kadang2 papa diorg pon konpius hehe


teka mana satu kakak n adik :)

Tuesday, July 12, 2011

biskut Y

salam..

ok.. hari ni sy nak share lg satu biskut raya faveret sy.. biskut Y..nape nama dia camtu? sbb bentuk dia cam bentuk huruf y.. ni pon makcik sy slalu buat dulu.. ermm sape tau mana nak beli acuan tuk biskut Y ni?

(Sumber: MyResepi)

Bahan-bahan ( +/- 60 biji )

  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan tepung gandum
  • merjerin/butter secukupnya (dlm 180g)

Cara-cara

  1. Campurkan / gaulkan gula pasir dgn tepung dalam mangkuk.
  2. Masukkan marjerin/butter sikit2 sehingga boleh dijadikan seperti doh.
  3. Tekan masuk ke dlm acuan Y dan susun di dalam loyang pembakar.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak (nampak kuning nk coklat, pastu nampak corak petak gula pasir timbul)
  5. Dah masak, keluarkan dr oven. Sejukkan dan kemudian br keluarkan dr acuan. Kalo x nanti dia pecah. Kemudian siap sedia utk disimpan atau makan.
senang ya amat kan??

Monday, July 11, 2011

biskut cornflakes rangup

salam.. mood raya dh tiba walaupun blom start puasa.. mulai hari ini sy akan share resepi biskut raya yg simple n sedap @ faveret sy masa kecik2 dulu ye.. kita mulakan dgn biskut cornflakes rangup.. makcik sy wajib buat biskut ni setiap kali raya n bleh dikatakan sy membesar dgn biskut nih.. ni bukan resepi sebenar tp hampir sama yek

(Sumber : Myresepi)

Bahan2nya:
250gm butter
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
Papercup dan ceri untuk hiasan
(klu tak guna papercup pon takpe.. letak terus atas loyang yg disapu butter n ditabur tepung gandum)

Cara-cara :

  • Pukul butter dan gula hingga kembang.
  • Masukkan tepung dan cornflakes.
  • Sudukan kedalam papercup, hias dengan ceri dan
  • Bakar suhu 150C - 20min
P/S: makcik sy slalu masukkan kismis hitam dlm adunan, so ada rasa masam2 manis :)

Sunday, July 10, 2011

maafkan saya..

maaf.. sy telah mengabaikan blog ini sekali lagi.. sila cuci mata dgn gambar2 family day opis sy di suatu lokasi yang dirahsiakan ye (rahsia la sgt kan).. pic describes thousands of word.. cheers





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...