Monday, September 12, 2011

happy 9th anniversary papas

salam...

hari ni genap 9 tahun sy n en. hubby couple.. hehe.. poyo-ness!!? memang.. couple pon nak ada anniversary ke? tak kisah le.. actually both of us lagi igt tarikh ni drp tarikh kawin.. serious tak tipu.. :)

happy anniversary papas.. mamas will always love u :D





Sunday, September 11, 2011

riang ria hari raya

salam..

wah.. tahun ni cuti raya lama sikit.. bleh merasa buka ramai2 kat kg.. raya ramai2 & jln2 ramai2.. seronok sgt.. dpt g wang kelian ngan mak & makcik2 tuk shopping b4 raya.. tak sangka jln nak ke situ sungguh mencabar.. ala2 nak ke cameroon pun ada, ala2 balik pulau pun ada.. sgt ngeri ok.. jalan bengkang bengkok n naik turun bukit.. sib baik naik rav4 chu.. salute la dia drive rilek jek.. sy duk kat belakang dh berdoa2 dh.. huhu.. mak kata daging kat situ murah tp tgk2 harga sama je mcm kat kulim.. rasanya diaorg markup harga sbb nak raya.. tak jd beli daging.. papa sempat pulak beli heli remote tuk haikal (mama rasa tuk papa la sebenarnya sbb nnt dia yg tukang main, haikal tukang tgk sambil tepuk tgn heh).. tak kisah la.. alang2 dh dekat tu, kami menyinggah kat padang besar.. rasanya every time blk kg mesti ke sana.. best woo.. antara hasil tangkapan; ikan bilis mentah yang dh siap siang, ikan bilis perisa tomyam (sgt sedap), gajus utk mak ptn (faveret dia tu), pes tomyam (ni mak ptn, along & jihan yg kirim.. sgt sedap sbb rasa dia original siam mari.. so, sy borong cam org gile.. mak tanya, ni beli byk2 nak buat ape? hoho jgn tak tau, sy jarang buat tomyam tp sy guna pes tu tuk buat nasi goreng tomyam.. pastu letak udang & sotong byk2.. marbeles okeh), sos cicah 4 sotong goreng tepung tu.. cam kat restoran thai & sos ikan (mak ptn kirim tuk buat somtam.. yum yum)

tak sah klu blk kg tak makan kat char kuey teow matary n nasi kandar pelita.. tq en. hubby yg sgt paham sy.. cuma hari tu tak smpt mkn pasembor kat padang kota.. dh sampai tp umat manusia makaih, ramai gile.. malas la nak stop.. jln2 kat gurney plaza jek :)

ok2.. mesti korang dlm hati kata, eh ni entry riang ria hari raya ke entry jalan2 carik makan kan? huhu.. gambo raya tahun ni tak byk sbb kami sibuk melayan kerenah anak2 yg tgh lasak ni.. bukan main susah nak amik gambo family.. ape2 pun.. jom layan gambo raya tahun ni yang tak seberapa ye.. heh



tgk la mak bapak diorg yg overexcited.. si marissa tgk je ape la papa aku buat nih.. si melissa cam nak nangis takmo bergambo huhu.. mana haikal? hmm jgn tak tau, dia yg sibok nak snap gambo nih.. ok gak kan :)


ok, setelah dipujuk, haikal bagi org lain jd cameraman.. overall ok gambo ni.. tp si marissa plak gerak.. adoyai


gambo ni bleh la.. perasan tak kaki si melissa goyang?.. huhu


last but not least, our pic.. heh.. sib baik muka maintain lg.. dlm kete nak beraya baru teringat blom amik gambo berdua lg.. so, ptg tu.. smpi umah je suh bil amikkan gambo hehe

Friday, August 26, 2011

s e l a m a t . h a r i . r a y a

salam...

tahun ni sy sekeluarga beraya di rumah mertua di kulim.. seronoknya sebab dh lama tak balik.. ye la.. selalu bila ada cuti umum, diorg terus plan dtg sini.. jd tak berkesempatan nak balik :) tahun ni jugak balik kg bwk bibik.. mencabar jugak sebab dia ni jenis mabuk kalau naik kete.. hopefully semua ok.. persiapan raya eg. baju, rumah, kuih-muih semua dh settle.. tahun ni sy sempat buat dua jenis kuih raya.. yg simple2 je.. biskut cornflakes rangup & cornflakes madu.. yg lain tu kuih tunjuk jek :P insyaAllah kalau sempat kat kg nanti nak buat kek batik pulak heheheh.. semangatnya nak raya tahun ni hohoho.. kaler tema thn ni surprise~

ok..ok disebabkan hari ni last keje b4 start cuti raya, sy ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan, sanak saudara n juga pembaca blog sy.. silent readers jugak.. :) maaf zahir & batin ye.. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.. makan berpada-pada ye.. jgn sampai mengundang penyakit lain




Friday, July 15, 2011

the journey of my honey-s

salam.. walaupun lg seminggu kita nk beraya.. tidak terlambat utk sy mengucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak.. semoga kita berpeluang merasai malam lailatul qadar... amin

(entry ni sy dh draf sebelum puasa lg tp asik tertangguh2.. maafkan sy ye)

sejak akhir2 ni sy selalu igt mati.. nauzubillah!.. ye igt mati tu wajib ye kwn2.. sama2 la kita sedekahkan al-fatihah pada sedara mara n sahabat handai kita yang telah kembali ke rahmatullah

kali ni sy nak cerita pasal twins sy.. melissa hani n marissa hani.. jarang sungguh sy nak cerita perihal mereka..

syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang utk sy merasai pengalaman mengandungkan 2 janin dalam satu masa.. alhamdulillah sepanjang 34 minggu, sy tidak mengalami alahan yang teruk hingga terpaksa admitted di hospital.. berlainan dgn rakan sy, arwahyarhamah kak chah (insyaAllah jika ada kesempatan sy akan ceritakan kisah kak chah di entry lain ye) yg terpaksa berkampung di hospital p*jaya sehingga selamat melahirkan tripletnya..

ye.. siapa yg tak bangga mendapat peluang sebegini.. tak semua org dapat merasainya.. tp segalanya tidaklah seperti yg disangkakan.. macam2 perkara yang bermain dalam fikiran sepanjang mengandungkan twins sy ini.. persoalan yg sgt membimbangkan sy adalah:

  1. cukup ke makanan yg sampai kpd kedua2 bayi sy ni?.. (this explains y i double up my weight during pregnancy :P)
  2. sempurnakah nanti twins sy ini?.. (teringat kisah2 kembar siam yg bercantum di anggota2 tertentu semasa dilahirkan.. wpun berulang kali doc cakap twins sy ni fraternal twin iaitu kembar tak seiras yg mana kembar jenis ini tidak berkongsi placenta kerana terhasil dari 2 ovum yg berlainan.. amik ko, belajar bio jap je kwn2)
  3. cukup bulankah nanti kembar sy?.. (dlm kepala slalu terfikir masalah2 yg akan timbul yg berkaitan dgn kesihatan sy yg akan menyebabkan sy terbersalin awal.. terbayang bayi2 yg terpaksa duduk dlm incubator berbulan2 sebab tak cukup bulan.. n saiznya sebesar tapak tangan je.. kesiannya mereka)
  4. macam mana dgn keadaan twins nanti?.. (org ckp bayi yg tak cukup bulan selalu cepat dpt penyakit sbb daya tahan badan diorg lemah.. adoyai)
alhamdulillah.. persoalan2 di atas dh terjawab.. kakak n adik sihat dan sempurna sifatnya.. wpun lahir pada minggu ke-34.. (8 bulan +)

ok.. sy nk ceritakan pasal budak 2 org ni ye..

melissa hani (kakak):
  • dilahirkan secara normal pada pukul 0651 3 April 2010 di hospital p*jaya
  • berat 1.9 kg
  • kelahiran yang mudah.. 2-3 kali teran je dh pop-up.. alhamdulillah
  • sgt manja n garang
  • bentuk muka bujur sirih n air muka lembut
  • susah senyum n quite
marissa hani (adik):
  • dilahirkan secara emergency c-sec (di mana sy mmg tak sedar langsung.. tak sempat nk bagi epidural bagai.. n emergency c-sec ni adalah high risk.. alhamdulillah sy masih diberi kesempatan utk bernafas sehingga sekarang) pada pukul 0718 3 April 2010 di hospital p*jaya
  • berat 2.4 kg (ye lebih berat n besar.. sy rasa masa dlm perut dia yg mkn byk.. n sampai skrg beratnya mesti lebih 1 kg dr kakak.. of coz kuat mkn heh)
  • keadaan tangan terkeluar dahulu (tp bukan songsang ye)menyebabkan doc ambil keputusan emergency c-sec (sgt frust sbb expect dua2 normal).. tp alhamdulillah dua2 n sy selamat
  • gaya cam tomboy sikit (kasar) n suka menyakat kakaknya yg garang :)
  • bentuk muka agak petak n pnjg.. air muka sedikit garang
  • suka senyum n friendly
bestnya pasal diorg.. kebanyakan org still tak bleh bezakan yg mana kakak, yg mana adik wpun byk kali sy bagitau diorg ni kembar tak seiras n muka mmg berbeza.. tak tau la sy adakah sbb sy mama diorg so bleh lah bezakan yg mana satu.. sbb kadang2 papa diorg pon konpius hehe


teka mana satu kakak n adik :)

Tuesday, July 12, 2011

biskut Y

salam..

ok.. hari ni sy nak share lg satu biskut raya faveret sy.. biskut Y..nape nama dia camtu? sbb bentuk dia cam bentuk huruf y.. ni pon makcik sy slalu buat dulu.. ermm sape tau mana nak beli acuan tuk biskut Y ni?

(Sumber: MyResepi)

Bahan-bahan ( +/- 60 biji )

  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan tepung gandum
  • merjerin/butter secukupnya (dlm 180g)

Cara-cara

  1. Campurkan / gaulkan gula pasir dgn tepung dalam mangkuk.
  2. Masukkan marjerin/butter sikit2 sehingga boleh dijadikan seperti doh.
  3. Tekan masuk ke dlm acuan Y dan susun di dalam loyang pembakar.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak (nampak kuning nk coklat, pastu nampak corak petak gula pasir timbul)
  5. Dah masak, keluarkan dr oven. Sejukkan dan kemudian br keluarkan dr acuan. Kalo x nanti dia pecah. Kemudian siap sedia utk disimpan atau makan.
senang ya amat kan??

Monday, July 11, 2011

biskut cornflakes rangup

salam.. mood raya dh tiba walaupun blom start puasa.. mulai hari ini sy akan share resepi biskut raya yg simple n sedap @ faveret sy masa kecik2 dulu ye.. kita mulakan dgn biskut cornflakes rangup.. makcik sy wajib buat biskut ni setiap kali raya n bleh dikatakan sy membesar dgn biskut nih.. ni bukan resepi sebenar tp hampir sama yek

(Sumber : Myresepi)

Bahan2nya:
250gm butter
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
Papercup dan ceri untuk hiasan
(klu tak guna papercup pon takpe.. letak terus atas loyang yg disapu butter n ditabur tepung gandum)

Cara-cara :

  • Pukul butter dan gula hingga kembang.
  • Masukkan tepung dan cornflakes.
  • Sudukan kedalam papercup, hias dengan ceri dan
  • Bakar suhu 150C - 20min
P/S: makcik sy slalu masukkan kismis hitam dlm adunan, so ada rasa masam2 manis :)

Sunday, July 10, 2011

maafkan saya..

maaf.. sy telah mengabaikan blog ini sekali lagi.. sila cuci mata dgn gambar2 family day opis sy di suatu lokasi yang dirahsiakan ye (rahsia la sgt kan).. pic describes thousands of word.. cheers





Saturday, June 04, 2011

nora elena


suka sangat tengok cite ni.. adaptasi daripada novel 'Kasih Yang Suci'.. lagu2 dia pon best!! ok.. bukan sy sorang ye.. my hubby pon layan gak.. sekarang ni balik b4 7 dh sampai umah.. slalu tu klu blom pukul 9 ke atas, jgn harap la dia ada kat umah.. ada hikmahnya tv series ni.. hopefully pasni pon dia balik la awal.. amin hehe

Saturday, May 28, 2011

kuih keria yumyum

salam..
hari ni sgt boring.. nak kuar jln2.. sana sini jem.. ni semua prog sejuta b.e.l.i.a punya pasal.. sampai nak gi beli groceries pon tak dpt.. a.l.a.m.a.n.d.a jgn cite la kat.. parking sume full.. ok tuk mengisi masa lapang.. jom main masak2.. kebetulan ada seketul keledek merah.. jom kita buat kuih keria.. haikal sekarang tengah gila makan donut.. segala jenis donut pon takpe.. yang penting ada rupa donut... so, keledek merah pon keledek merah la.. tu je yg ada kat dapur.. meh nak terangkan ala-ala chef gitu :P


bahan-bahan:


1 biji keledek sederhana besar (bleh guna keledek putih, oren, merah etc sbb semua sedap)

1 cawan tepung gandum (bleh adjust ikut kesesuaian.. yang penting jgn sampai keria jadi keras)

1/2 cawan gula (blend sederhana halus.. sebelum tu asingkan 1 sudu besar untuk dicampur dalam adunan)

secubit garam

air untuk merebus keledek


cara-cara: (bergambar ye kawan-kawan)


mula-mula lenyek keledek yang dah siap direbus.. campur sedikit garam & gula





tambah tepung gandum sedikit demi sedikit & kacau





lepas tu jadikan dia cam donut (tips: roll adunan jadi cam keropok lekor pastu sambung end to end) p/s: sori malas nak rotate gambo heh p/s2: nampak tak gula yang dah siap blend tu? hihi




pastu goreng la kuih keria guna deep frying method





last skali.. biarkan sejuk & tabur gula yang dah di'blend' tadi





ok.. siap untuk dingap oleh haikal hehe




Sunday, May 22, 2011

nur kasih the movie


salam.. ape kabar kamu2 semua? sy sangat baik hehe

pagi tadi hubby n i tgk cite ni.. not a die hard fan of this telemovie b4.. tgk gitu2 je dulu tapi tau la semua character dalam telemovie ni.. di sebabkan preview yg slalu kuar kat tv.. sy sgt teruja nak tgk hehe.. kebetulan PIL ada kat umah, so bleh la lari sekejap ke a.l.a.m.a.n.d.a.. sanggup tgk midnite show kul 12.50 a.m. sbb itu je yang available.. tq to e-payment @ gsc.. klu tak konpem tak dpt merasa tgk cite tu.. overall cite best.. scene sgt cantik esp masa kat jordan.. sgt suspen masa scene gaduh2.. termengalirkan air mata sikit masa scene adam ngan mak dia tu.. tp hubby kat sebelah tak perasan.. *malu.. tp yg frustnya, ending cite cam tak berape nak faham.. nak kata tergantung tak.. tp takde climax.. habis macam tu je.. so, my review.. cite yang best but minus the ending yang biasa shj.. TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...